Type Here to Get Search Results !

Forum Menjadi Platform Kepada Usahawan

Anda memiliki produk untuk dijual? Namun anda masih gagal memperoleh jualan yang banyak dari promosi besar-besaran anda itu, walaupun sudah banyak dana dikeluarkan untuk tujuan promosi? Masih sukar lagi mendapatkan pelanggan?

Faktor yang membuatkan sesebuah produk terjual adalah jenama dan kepercayaan. Salah satu cara membina jenama dan kepercayaan orang ramai adalah dengan menggunakan forum di Internet. Menyertai forum adalah percuma sahaja.

Oleh sebab ini usahawan-usahawan dan juga peniaga tidak kira Online mahupun Offline, mampu melakukan promosi berkesan dengan menggunakan forum.
Penggunaan forum pada asasnya adalah tempat untuk berbincang mengenai topik tertentu, berkenalan satu sama lain dan bertukar-tukar maklumat. Namun, bagi anda para usahawan, jika forum digunakan dengan betul dan berkesan, ia amat menguntungkan anda!

Terdapat banyak forum di Internet termasuk di Malaysia yang boleh anda sertai dan mendominasinya dengan kepakaran anda atau menggunakan forum untuk menjual produk atau perkhidmatan anda.

Bayangkan, jika anda menyertai 10 buah forum dan setiap forum katakan mempunyai paling kurang 500 orang ahli yang aktif, bermakna anda mempunyai seramai 5000 orang prospek tanpa perlu bersusah payah mencarinya sendiri! Malah yang lebih menyeronokkan, kosnya amat rendah malah kebanyakannya (terutama forum yang percuma) tidak mengenakan anda sebarang bayaran pun!

Forum adalah tempat terbaik untuk pemasaran perniagaan anda tanpa risiko dan modal yang besar.

Kenapa Anda Perlu Memilih Forum?

Forum adalah satu tempat yang tak ada akhirnya untuk membina reputasi anda di dalam bidang kepakaran anda sendiri. Isu gagal di dalam kaedah ini tidak akan wujud sama sekali jika anda melakukannya dengan betul, dan anda boleh search dalam google dengan untuk mendapatkan lebih banyak info dengan teknik ini bagi memudahkan anda untuk pelajari.

Pemasaran forum adalah satu strategi jangka panjang untuk perniagaan anda. Semakin cepat anda mempraktikkannya, lagi cepat untuk anda merasai kesannya.

Technorati Tags: , , ,

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.