Type Here to Get Search Results !

Rahsia Ebay Melalui DropShip

Bagaimana buat duit online tanpa modal? Ramai yang tercari-cari, tapi masih tidak jumpa yang betul-betul cara boleh buat duit. Disini anda boleh buat duit tanpa mengeluarkan modal. Tentu anda pernah dengar buat duit melalui eBay. eBay ni biasalah, siapa tak kenal, tempat orang membeli dan menjual barang, klau kat KL orang kata shopping kompleks Sogo atau Midvalley dah cukup besar, eBay ni lg besar, dengan pengunjung yang berjuta-juta sehari, dan nilai jual beli yang berbilion. Kalau nak buat duit eBay ni kena ada barang baru boleh buat duit. Tapi yang menariknya disini, walaupun anda tidak mempunyai barang, anda tetap boleh buat duit melalui eBay. 

Tapi bagaimana caranya?
Bezanya urusniaga melalui online, jika kita nak beli barang, kita hanya melihat gambar, jika minat, bayar.. dan barang akan dipos kepada kita. Macam tu juga kalau penjual ebay, customer minat, dia beli, bayar.. kita akan pos barang kepada mereka. Mungkin ada yang mengatakan susah nak post barang, leceh nak membalut barang, modal takde.

Semua tu dapat diatasi jika anda gunakan syarikat dropship. Kita gabungkan eBay dengan Dropship.

Bagaimana cara syarikat dropship berfungsi? Cari syarikat  yang offer dropship, ambil gambar dan description yang terdapat dalam web tersebut dan letak dalam listing ebay anda.. Apabila dah ada orang beli, dia akan bayar melalui paypal anda, apabila duit sudah berada didalam tangan anda,login ke syarikat dropship yang telah anda daftar, order barang yang telah dibeli, masukkan alamat customer dan syarikat itu akan hantar barang terus ke customer. Senang? Memang senang, kalau anda focus dengan betul.

Tapi kena ingat, bukan semua syarikat dropship yang boleh dipercayai, ada yang langsung tidak hantar barang,. Jadi anda perlu hati-hati apabila menggunakan syarikat dropship. Kaji dulu sebelum melakukan sesuatu. 

Jadi apa yang perlu anda buat?
1.  Daftar Ebay ( Jika tiada )
3.  Daftar Syarikat Dropship. ( contoh - hotmerch.net )
4.  Cari Barang dalam yang hendak anda jual, ambil gambar dan keterangan.
5.  Letakkan gambar dan keterangan barang yang hendak dijual dalam eBay.
6.  Jika ada pembeli dan anda menerima bayaran melalui Paypal.
7.  Order barang yang telah dibeli, masukan alamat customer dan syarikat tersebut akan terus menghantar barang kepada customer.

Selamat Berjaya...

** Perhatian - Jika anda memerlukan panduan yang terperinci >disini<

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.