Type Here to Get Search Results !

Tips Meningkatkan Trafik Blog Anda

Bagaimana meningkatkan trafik sesebuah blog anda? Untuk menjadikan blog anda popular, anda mesti mempunyai strategi pemasaran yang mantap dan mesti mempunyai trafik yang tinggi setiap masa. Sebenarnya terdapat banyak cara menigkatkan trafik blog anda . Disini saya dapat kongsikan 3 cara dulu.
Cara Pertama:
Menjana trafik melalui Pay Per Click (PPC). Dengan membayar untuk setiap klik, anda akan membina trafik dalam masa singkat sahaja dan seterusnya dapat menjana pendapatan dalam masa yang singkat. Tetapi kita perlulah mengeluarkan sedikit modal apabila menggunakan cara ini. Kemungkinan besar ramai orang tidak berapa gemar menggunakan kaedah PPC ini. Ini kerana results yang diterima tidak selalu menguntungkan.
Salah satu PPC adalah seperti Google Adwords yang sangat popular untuk digunakan.

Cara Kedua:
Menjana trafik melalui Video. Siapa kata dengan video tidak boleh buat duit? Sekarang telah menjadi satu trend orang buat pemasaran dengan video. Apa yang perlu anda buat adalah membuat satu video pendek dan upload kelaman web video seperti YOUTUBE yang menjadi pilihan kerana terdapat ramai pengunjung setiap hari. Ok... video pendek yang telah anda upload itu perlulah beserta dengan link blog anda.

Cara Ketiga :
Menjana trafik malalui Artikel. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menulis artikel sebanyak 300-500 patah perkataan dan menghantar artikel anda itu ke direktori-direktori artikel. Anda perlu membuat kajian keyword dahulu sebelum menghasil dan menghantar artikel tersebut. Strategi ini dapat membantu target market anda menjumpai artikel anda. Lakukan kajian keyword dengan terpeinci, tulis artikel anda dan hantarkan artikel ini ke direktori-direktori artikel yang popular.
Antara direktori-direktori artikel seperti berikut :

- EzineArticles.com
- GoArticles.com
- IdeaMarketers.com
- ArticlesBase.com
- ArticleDashboard.com

Kesemua laman-laman direktori artikel ini mempunyai kedudukan yang tinggi di dalam ranking enjin carian dan merupakan cara terbaik untuk menjana trafik yang tinggi untuk blog anda.

Semoga tips ini dapat membantu anda membina sebuah blog anda berjaya dan popular. Tunggu tips-tips cara meningkatkan trafik  yang berikutnya selepas ini kerana ada banyak cara lagi.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.