Type Here to Get Search Results !

7 Teknik Pemasaran Internet

Pemasaran adalah ibarat nadi atau jantung sesebuah perniagaan.Tanpa teknik atau strategi pemasaran yang berkesan, seseorang usahawan itu berkemungkinan besar menghadapi kesukaran untuk bersaing dengan para usahawan yang lain dan ini akan menyebabkan usahawan berkenaan terpaksa ‘gulung tikar’ sekiranya perkara tersebut berlanjutan.7 teknik pemasaran internet ini boleh diguna pakai dan sememangnya berkesan sekiranya dipraktikkan dengan betul. Teknik -teknik ini telah diakui keberkesanannya oleh kebanyakkan usahawan-usahawan berjaya yang telah lama berkecimpung di dalam bidang perniagaan internet ini.


1. Pemasaran Forum
Forum adalah tempat yang sesuai untuk anda membina nama ataupun ‘jenama’ anda.Berikan sesuatu maklumat yang berharga dan percuma kepada ahli forum.Dengan cara yang demikian, anda akan ‘dipandang’ dan ‘kewujudan’ anda disedari oleh ahli-ahli forum yang lain.Ini secara tidak langsung dapat membina reputasi anda dalam niche yang anda pilih.Letakkan link anda pada ruangan signature. Elakkan dari terlibat dengan sebarang pergaduhan atau perbalahan.Anda ke forum adalah untuk mempromosikan perniagaan anda dan bukannnya untuk bergaduh.

2. Pemasaran Social (Laman Social Networking)
Pemasaran sosial ni lebih kurang sama saje dengan pemasaran forum.Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pemasaran sosial, sila baca artikel saya yang bertajuk Usahawan Internet & Laman Social Networking.

3. Pemasaran Blog
Blog merupakan satu medium yang patut dimanfaatkan untuk menarik trafik ke laman web jualan anda.Dinasihatkan supaya anda menggunakan blog berbayar iaitu blog yang dihostkan di domain anda sendiri.Ini akan meningkatkan tahap ‘percaya’ pelawat/pembaca yang datang ke blog anda untuk mendapatkan produk/perkhidmatan anda.

4. Pemasaran Artikel
Merupakan satu cara yang popular untuk menjana back link daripada laman-laman web yang berkualiti / bertrafik tinggi.Lebih banyak artikel anda menerima pendedahan di dunia online maka akan lebih banyaklah perhatian/trafik yang akan anda terima sekaligus bakal mendapatkan hasil jualan untuk anda.

5. Pemasaran Video
Kini video telah menjadi trend untuk memasarkan info secara online.Ini kerana video adalah fleksible dan boleh menarik perhatian orang untuk menontonnya.Masukkan URL laman yang anda promosikan di awal dan akhir video tersebut.Sesiapa pun yang menonton video berkenaan, dengan mudah dan cepat akan dapat mencari link untuk mendapatkan informasi lanjut.

6. Pemasaran Email
Ia memerlukan anda untuk membina squeeze page dan meletakkan borang opt-in untuk mendapatkan alamat email subsciber.Contoh squeeze page yang biasa anda lihat adalah anda akan mendapat produk/software percuma sekiranya anda meletakkan nama & alamat email anda pada borang opt-in.Autoresponder diperlukan untuk membolehkan anda menghantar respond kepada orang yang mengisi maklumat pada borang opt-in tersebut dan menghantarnya secara automatik. Autoresponder juga digunakan untuk menghantar sebarang email promosi kepada senarai subscriber anda dengan sekali klik sahaja.

7. Pemasaran Viral
Buatlah satu ebook percuma dan letakkan pada squeeze page anda.Di dalam ebook tersebut selitkan link-link laman web jualan dan juga blog anda atau apa-apa saje link (link-link affiliate anda) yang berkaitan dengan isi kandungan ebook.Benarkan subcriber anda untuk mengedarkan ebook berkenaan secara percuma tetapi dengan syarat…isi kandungan ebook tidak boleh diubah.Maka di sini link-link anda yang terdapat di dalam ebook terbabit akan tersebar dari tangan ke tangan.

Sebenarnya terdapat banyak lagi teknik dan juga strategi pemasaran internet yang berkesan boleh anda gunakan.Tetapi di sini saya hanya menunjukkan 7 teknik pemasaran internet saje yang terbukti keberkesanannya untuk dikongsikan bersama dengan anda.

Sumber >> 7 Teknik Pemasaran Internet Berkesan

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.